konstruksi sosial
Asas pegangan di dalam pendekatan konstruksi sosial:
Bersifat kritikal terhadap ilmu yang selalunya diterima sebagai mudah.
Apa yang berlaku bukan sahaja merupakan tumpuan kepada spesifik budaya dan sejarah sesuatu masyarakat, tetapi ia adalah hasil daripada perkembangan sejarah dan budaya tersebut.
Ilmu tidak berkembang secara semula jadi seperti proses evolusi. Ilmu terhasil dari proses konstruksi yang dibuat oleh manusia.
Setiap satu konstruksi turut membawa bersamanya bermacam-macam tindakan daripada anggota masyarakat.
Rujukan: Burr, V. 1995. An Introduction to Social Constructionism. London: Routledge.
**
Secara kasar mengenai pendekatan tindakan sosial:
Masyarakat dilihat selalu mengalami perubahan, struktur sosial pula tidak tegar, sebaliknya dilihat cair dan longgar sifatnya.
Norma masyarakat bersifat kabur, malah bertentangan antara satu dengan yang lain.
Kebiasaannya terdapat jurang antara order normatif dengan perlakuan sebenar yang memberi maksud bahawa peraturan dan norma tidak mungkin dapat menjelaskan perlakuan.
Manusia sentiasa bersaing bagi mendapatkan bahan-bahan yang serba tidak cukup.
Manusia juga sentiasa terpaksa membuat pilihan antara beberapa alternatif.
Individu dilihat sebagai gemar melakukan manipulasi untuk kepentingan sendiri dan tindakan berterusan seperti ini boleh mempengaruhi sifat-sifat normatif dan institusi masyarakat.
Penekanan juga diberikan terhadap amalan timbal balik atau kesalingan, pertukaran dan transaksi.
Fokus lebih diberikan kepada struktur informal daripada yang formal iaitu hakikat yang berada di belakang dan bukan yang di hadapan pentas.
Rujukan: Barrett, S. 1996. Anthropology: A Student's Guide to Theory and Method. Toronto: Toronto University Press.